Ayat Perintah

Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Jenis perintah Contoh penggunaan
Perintah Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan Tolong angkat baju itu.
Ajakan Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan Sila jamu selera.
Doa Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
  • Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
  • Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.