Ayat Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Perhatikan penerangan di bawah.
Kata Seru Penerangan Ayat Contoh
Aduh Digunakan untuk (a)Menyatakan perasaan sakit
(b)Menyatakan perasaan kagum/hairan
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, indah sekali pemandangan di sini!
Aduhai Digunakan untuk menyatakan perasaan sedih/dukacita 1. Aduhai, malang sekali nasib peminta sedekah itu!
2. Aduhai, apalah malang nasibku ini!
Ah Digunakan untuk menyatakan perasaan penolakan/tidak bersetuju/membantah 1. Ah, aku tidak bersetuju!
2. Ah, aku tiada masa untuk melayan engkau!
Amboi Digunakan untuk menyatakan perasaan kagum/hairan 1. Amboi, sombongnya dia!
2. Amboi, hebat sekali engkau beraksi!
Cis/cih Digunakan untuk (a) Menyatakan perasaan marah
(b) Menyatakan perasaan mengejek/menyindir
1. Cis, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga!
2. Cih, harimau di hutan lagi dapat kujinakkan, inikan pula cicak mengkarung!
Eh Digunakan untuk menyatakan perasaan hairan/terkejut 1. Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!
2. Eh, Salim pun ada di sini!
Hai Digunakan untuk (a) Menyatakan perasaan hendak menegur atau menyapa seseorang
(b) Cuba menarik perhatian
1. Hai, nama saya Patsy!
2. Hai, lihat anak kecil di hujung sana itu!
Nah Digunakan untuk menarik perhatian dan pelbagai maksud lain 1. Nah, ambillah pemberikanku ini!
2. Nah, serahkan saja perkara ini kepada mereka!
Wah Digunakan untuk menyatakan perasaan kagum/takjub 1. Wah, tinggi sungguh cita-citamu!
2. Wah, mulia sekali hatimu!
Wahai Digunakan untuk (a) Menyatakan perasaan dukacita
(b) Mendapatkan perhatian
1. Wahai kawan-kawanku, marilah kita bersatu padu!
2. Wahai anak-anak bangsaku, janganlah leka dengan kemewahan dunia!