Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
Ayat penyata | Ayat tanya |
---|---|
Tetamu sudah tiba. | Tetamu sudah tiba? |
Buah itu sudah masak. | Buah itu sudah masak? |
Mereka hendak menolong kita. | Mereka hendak menolong kita? |
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:Ayat penyata | Ayat tanya |
---|---|
Tetamu sudah tiba? | Sudah tibakah tetamu? |
Buah itu sudah masak? | Sudah masakkah buah itu? |
Mereka hendak menolong kita? | Hendak menolong kitakah mereka? |
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.Kata | Ayat tanya | |
---|---|---|
Tanpa partikel "kah" | Dengan partikel "kah" | |
Ada | Tiada | Adakah cara saya ini betul? |
Apa | Apa yang kamu beli tadi? | Apakah yang kamu beli tadi? |
Bagaimana | Bagaimana cara untuk mendaftar diri? | Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri? |
Bila | Bila ayah kamu pulang? | Bilakah ayah kamu pulang? |
Mengapa | Mengapa kamu datang lambat hari ini?. | Mengapakah kamu datang lambat hari ini?. |
Mana | Mana ibu? | Manakah ibu? |
Siapa | Siapa nama jiran baru kamu? | Siapakah nama jiran baru kamu? |
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:- Tetamu sudah tibakah?
- Buah itu sudah masakkah?
- Mereka hendak menolong kitakah?
- Tetamu sudah tibake?
- Buah itu sudah masakke?
- Mereka hendak menolong kitake?